Sunday, April 20, 2014

Peluang Jana Pendapatan di Shaklee


Selamat datang ke dunia Shaklee - di mana Falsafah, Produk dan Rancangan Perniagaan kami bersatu bagi mewujudkan Peluang Shaklee.

Pelan Jualan Shaklee merupakan satu program yang unik dari segi kewangan, ganjaran insentif, perkembangan jualan serta kepimpinan.

Ia membantu rangkaian perniagaan dalam mewujudkan sebuah organisasi yang kukuh.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, Shaklee sekali lagi menawarkan cara-cara menambahkan kewangan dan gaya hidup yang memuaskan.

Pelan Jualan Menarik Shaklee


Program Ganjaran Tunai

Bonus Kumpulan Peribadi (21%) 

Bonus Peribadi Bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah PV Kumpulan 

Bulanan anda. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira melalui UV kumpulan anda. 

Peratusan ini akan meningkat seiring dengan kenaikan tanggungjawab kepimpinan anda bilamana anda menaja pengedar baru masuk ke dalam kumpulan anda. 

Untuk melayakkan diri menerima Bonus Peribadi, Pengedar mestilah mempunyai paling minimum 30 UV Peribadi dalam bulan pembayaran bonus.

Bonus Kempimpinan (21%) (sehingga 6 paras ke atas)

Anda layak menerima Bonus Kepimpinan apabila anda melahirkan Pemimpin Jualan yang baru di dalam organisasi anda (“break out”). 

Bonus Kepimpinan dibayar kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan menepati prestasi yang digariskan untuk bonus ini.

Bonus Kepimpinan dibayar berasaskan pada PV Kumpulan sehingga Pemimpin Jualan tahap ke-enam. 

Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar Kiraan Mata pada Tahap Pertama (First Level Point Count) dalam kumpulan tersebut.

Insentif Coordinator (sehingga 1.5%) 

Bonus Insentif Khas Shaklee (Insentif Coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat Coordinator dan ke atas, yang layak.

Program Kereta


Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif yang ditaja khas oleh Shaklee untuk semua para Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat yang ditentukan.

Pemimpin Jualan yang menepati syarat kelayakan akan mendapat kredit kereta setiap bulan dimana mereka perlu memenuhi syarat perlaksanaan Program Kereta ini secara minimum. 

Program Konvensyen/ Insentif


Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda telah mula mendapat mata terkumpul untuk Program Konvensyen Shaklee. 

Destinasi dan kelayakan UV bagi setiap konvensyen berbeza pada setiap tahun. Sila rujuk Brosur Konvensyen/insentif untuk keterangan lanjut.

Shaklee Corporation

Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.

Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu Jaminan 100% Shaklee. 

Shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam sekitar dan aktivisme yang hebat. Shaklee telah aktif dalam bidang isu pemanasan global semenjak 1986 apabila syarikat itu membiayai satu projek penyelidikan terhadap Artik dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur kesan pemanasan global pada puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan 1996 untuk mengukur pecutan meleburkan puncak ais. Komitmen kukuhnya yang berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 Shaklee membantu Yayasan Sir Edmund Hillary’s American Himalayan menanam sebanyak satu juta pokok di Nepal. Pada tahun 2000 pula Shaklee telah mengambil langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan objektif mempunyai impak bersih sifar pada pemanasan global. Hasilnya Shaklee menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat yang diiktiraf Climate Neutral™ dengan melabur dalam projek pengurangan bahan api fosil dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang dihasilkan oleh syarikat. Pada tahun 2002 Shaklee menerima U.S. EPA’s International Climate Protection Award serta Environmental Stewardship International Award daripada Social Accountability International dalam menerajui isu pemanasan global. 

Isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee membangun dan memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, satu daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. Pada tahun 2004, sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H kepada Green Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004, yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun.

Sebagai penghormatan untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50, pada Hari Bumi 2006 Shaklee telah melancarkan kempen persekitaran sejagatnya bagi menangani isu pemanasan global - Satu Juta Pokok. Satu juta Impian™. Kecemerlangan dalam Nobel Peace Laureate Prof Wangari Maathai dan Green Belt Movement, Pengedar Shaklee merentasi Amerika Utara telah mengadakan upacara menanam pokok terancang dalam komuniti-komuniti tempatan mereka dengan menanam satu juta pokok bagi membantu menimbulkan kesedaran pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran CO². Sebagai sebahagian daripada kempen, Shaklee menderma $100,000 untuk Pergerakan Kawasan Hijau untuk menanam satu juta pokok di Kenya. 

Sains Shaklee

  • Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal
  • Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.


Peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, Shaklee terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!

Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.

Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.


Keahlian Korporat

Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)

Layari DSAM Website atau semak Tataran DSAM yang lengkap

DSAM – Lambang Jualan Langsung Beretika

Diasaskan dalam tahun 1978, Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) merupakan persatuan perdagangan nasional yang bertujuan untuk meningkatkan industri jualan langsung serta menjadi suara bidang industri. DSAM amat komited bagi memastikan keadilan dan amalan-amalan beretika dipraktikkan dalam aktiviti jualan langsung di pasaran. DSAM percaya dengan peraturan diri dan untuk menyemai semangat dan amalan jualan langsung beretika dalam syarikat-syarikat anggotanya. DSAM telah menggunapakai Code of Conduct ketat yang mana syarikat-syarikat anggota perlu mematuhi arahannya dalam setiap aspek mereka perniagaan mereka.

Shaklee – Ahli Unggul

Shaklee menyertai Persatuan Jualan Langsung Malaysian pada tahun 1995 dan komited pada amalan-amalan perniagaan yang beretika dan perkhidmatan pengguna. DSAM Code of Conduct menyediakan satu rangka kerja bagi perilaku bagi pengguna-pengguna dan penjual langsung; menjalankan antara syarikat-syarikat jualan langsung dan kod penguatkuasaan. Ia memastikan yang syarikat-syarikat anggotanya, seperti Shaklee, tidak akan membuat kenyataan-kenyataan atau janji-janji yang mungkin mengelirukan sama ada pengguna-pengguna atau prospektifnya.

Shaklee Cares

Shaklee Cares merupakan satu program komuniti sejajar dengan falsafah Shaklee. Ia dilaksanakan bersama oleh Para Pengedar Shaklee juga Home Team. Kami sentiasa berhasrat untuk membantu lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik serta menyebarkan kesedaran di kalangan orang awam tentang kepentingan dan keharmonian alam sekitar serta kehidupan yang sihat.

Aktiviti-aktiviti Shaklee Cares termasuk:

• Perkhidmatan masyarakat
• Ceramah Penjagaan Kesihatan
• Program- program Alam Sekitar “Hari Hijau”

Mesej Dari Presiden

Bina Kemewahan Anda Hari Ini

Pergolakan ekonomi dunia amat membimbangkan ramai orang sekaligus ia menggugat asas kehidupan harian sebaik kita melangkah ke tahun 2011. Namun, dalam masa yang getir ini Perubahan merupakan sesuatu yang perlu dibuat, berikutan tanggungjawab yang telah kita galas sebelumnya – utuk mencipta kemewahan dan kesejahteraan kepada orang sekeliling kita.

Peluang Shaklee merupakan gerbang kepada kesejahteraaan kesihatan dan kestabilan kewangan peribadi anda dalam mendepani masa yang getir ini. Inilah masanya kita diuji untuk membantu lebih ribuan penduduk dunia menempuh situasi krisis ekonomi sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Peluang perniagaan yang mengagumkan ini mungkin akan memberi sinar perubahan yang besar kepada anda hari ini kerana ramai yang tercari-cari perniagaan yang kurang berisiko, modal permulaan perniagaan yang kecil namun punyai peluang untuk berkembang.

Apa yang hebatnya tentang Peluang Shaklee ini adalah anda dapat meningkatkan kesihatan dan dalam masa yang sama turut meningkatkan kewangan dan berhubung dengan lebih ramai kenalan baru dan berkongsi setiap hari sehinggalah anda mencapai kebebasan kewangan yang diimpikan.
Kita tidak boleh berjaya sendiri. Untuk menuju ke arah apa yang diimpikan kita perlukan keluarga, sahabat, jiran dan orang ramai untuk mengubah lanskap kehidupan harian daripada seorang yang biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa. Peluang Shaklee mampu merealisasikan impian anda.

Kami mempunyai barisan produk yang hebat untuk anda mengecapi kesihatan yang baik, sistem pemasaran yang terbukti dapat membina kemewahan yang diimpikan. Justeru, hari ini kami ingin mempelawa anda untuk menyertai kami dengan menghubungi kami atau barisan para usahawan bebas kami.

Salam hormat,

VICTOR LIM
PRESIDEN

Kenali Shaklee

Shaklee Malaysia

Selamat datang ke Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.


Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

Selamat datang ke Shaklee

Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.